Tuesday, March 8, 2011

HiduP iNi BukanlAh SesukaR Mana...

Kenapa sentiada ada saja orang yang suka menjaga hal orang lain sedangkan hidup sendiri pun belum tentu terurus. Selama ini hidup saya tenang dalam menghadapi kehidupan seharian. Ada masalah pun boleh diselesaikan dgn cara baik. Entah apa nasib saya hari ini bila memikirkan bahawa seolah-olah orang ada saja yang mahu menyusahkan kita. Tidak senang melihat orang senang. Orang yang yang saya hormat sebelumnya, yang pada saya tidak pernah saya terfikir akan membawa masalah kepada hidup saya rupanya tidaklah sebagus mana. Saya sangat tidak suka dengan orang-orang yang tidak senang melihat hidup orang lain senang. 
Saya sedar saya bukanlah sebaik mana tapi setahu saya, saya tidak pernah membuat hidup orang lain susah. Saya juga tidak pernah mendoakan orang lain dengan doa yang tidak baik sebab saya tahu, berbuat jahat dengan orang hidup tak akan kemana. 
Terasa bodoh bila kebaikan yang selama ini kita lakukan tidak dipandang dan hilang begitu sahaja gara-gara lebih suka percayakan cakap orang lain Itulah masalah manusia. Akhirnya orang yang benar dimarahi dan diludahi. 
Biarlah apa orang mahu katakan...saya tetap yakin dengan diri saya sendiri...

No comments:

Post a Comment